***
DAN NAMANYA, KASIH
Ada lingkaran tangan kejap
menjamah bahunya
perempuan itu dan mata
berbening indah
memandang jauh, kosong
berkaca.
Rindu Kasih
syg,Pulau Indah masih jauh
menggamit secuil mimpi tak ingin pergi
hanya awan-awan santai yang masih
menghayun sendu langit saat kelam memeluk
gerimis pagi indah beralun.
"Namaku,Ombak"
"Dia,Kasih"
Tak ada penolakan dalam mesra itu,
remis da lala,penghuni
pasir putih merangkak manja di celahan jari2 kaki
"Syg,kita berdua masih bersempit di sini"
Belacak mengintai malu di celahan lumpur,
saat pagi hinggan senja yang jatuh
gugur di pelupuk mata embun.
Rindu,Kasih, masih beradab harap
di mata perempuan dulu,
yang membahaskan sejarah
apalah yang ada pada selembar kain kuning, bukan?
Darah yang tumpah, masih merah pada tanah baruh di jajahan semenanjung itu,
diikat dari simpulan dongengan cinta sepasang bunga nyiur biru.
"Namaku,Ombak"
di Pulau Indah...
"Dia,Kasih,Kekasihku"
dan seribu harapan masih tergantung jauh.
---------------------------------------------------------------------
***
Lelaki itu bukan raja
yatim dan piatu
meraut kasih saudara
tidak tahu menulis,membaca
Lelaki itu mulia
kerana amanahnya
kerana budi pekertinya
kerana tidak pernah berdusta.
Lelaki itu dipuja
kerana wahyunya
kerana kerasulannya
kerana kata-katanya
Hari ini 1 Muharam
bermulanya tahun baru bagi umat lelaki itu
lelaki itu diingat lagi
lelaki itu disebut lagi
wahyunya dibaca lagi
sunnahnya diamalkan lagi
Lelaki itu lebih hebat daripada raja
hidupnya mulia
matinya mulia
1431 tahun berlalu
makamnya terus dibanjiri manusia
Rawdhahnya menjadi rebutan
syafaatnya menjadi harapan
Lelaki itu terus dipuja
menitip rindu dari hati ke hati
Hingga kiamat...
---------------------------------------------------------------------
***
Aku hanyalah sebutir bintang kecil
Cahayaku malap...
Bagaimana mungkin
kau perasan kewujudanku
di tengah tebaran bintang-bintang
besar yang punya cahaya gemilang
Perasan pun tak peduli...
Peduli pun tak endah...
---------------------------------------------------
***
Khalil,saat itu...dan kini
"sesepi hati kita juga"
ujarmu
ombak yang bertandang
"aku hadiahkan buatmu"
ujarmu
"kerna ombak tidak akan mungkir padamu,
senantiasa menemani,
biar tidak aku..."
"kenapa?", tanyaku
kau balas dalam senyum
bayu lembut kini menyapa
"bisiknya halus,sesuci rahsia jiwa kita jua
biar x terucap...
bayu ini membawa salamku..kepadamu"
ahh...kicau camar riang
"ku harap kau sentiasa begitu menempuh hari2mu"
"biar ribut menduga
kau tetap begitu tawa...
bersama tulusmu senyum...
dalam pesonamu bebas...
diiring sopanmu kerna aku mahu kau begitu..."(dlm harap)
"kau tetap kau yang pernah ku kenali..."
lihat awan itu
"putih", kataku
"seputih hatimu",balasmu
hiba yang berziarah
tak siapa yang tahu
sesekali parah
masih tiada siapa
mengerti
namun
tika itu
ingatlah
aku sentiasa di sisi
"biar jauh di balik awan itu, ku kan tetap
mendengar keluhmu"
ujarmu
"bila kau merenung pagi
embun yang menitis
tanah yang basah
rancak semakin
berkembang
kau
kutip rasa keseorangan
saat itu, sedarlah...
aku juga merasakn serupa"
"jadi, apa indahnya?", tanyaku
keanakan lagaknya
kau tersenyum lagi
"ketahuilah bahawa
KAU ADA AKU
yang akan menemani setiap
langkahmu
menghapus setiap titis
embun matamu
berada di sampingmu
di sepanjang perjalanan"
"benar?", ku menduga
kau senyum lagi
senyum itu senyuman tulus
yang biase kau ukir
"kau tahu jawapannya"
"biar tak terungkap,
rasa ini tetap memenuhi
segenap sukmaku
kau tahu itu
bukan?",soalmu
"iya"
AKU ADA KAMU
sepanjang hayatku...
"moga kau bahagia...
kerna dengan itu,
aku juga sama..."
salam buatmu, khalil...
Asmaa'~
[KU TITIP DI ANGIN LALU]
Download AudioBook Learn French Beginner Stories Interlinear French To
English Learn French With Interlinear Stories For Beginners And Advanced
Readers Book 1 EBOOK DOWNLOAD FREE PDF PDF
-
*Download EPUB Learn French Beginner Stories Interlinear French To English
Learn French With Interlinear Stories For Beginners And Advanced Readers
Book 1 ...
5 years ago


0 comments:
Post a Comment