Tuesday, January 26, 2010

end of JANUARY!

guess what?

it's now comes to the end of January 2010!
times flies very fast!
im growing every second.
learning and experience something new.

today, i went for x-ray 'ing'..
1st time in my life. alone!
in 16 years.
well, my parents said, im big enough to stand on my on.
so, here's the prove!
haha XD


Monday, January 25, 2010

uncontented?

pernahkah anda rasa akan sesuatu yg kurang dlm sekeping hati ini?
pernah bukan?
tipu jika tidak!
aku juga merasakn sama.
entah yg ke berapa kalinya.
tp, saat ini,
hati ini kuat merasakan!
seaakan-akan ada sesuatu yg hilang!
apa?!!
entah.
ak fikir...
masa kan mnjwb nya..
ya bukan?
insya-Allah... (:

Sunday, January 24, 2010

blow ('',)



A good snapshot stops a moment from running away. (;




karya si dia yang emosi! [luph]

***

DAN NAMANYA, KASIH


Ada lingkaran tangan kejap

menjamah bahunya

perempuan itu dan mata

berbening indah

memandang jauh, kosong

berkaca.


Rindu Kasih

syg,Pulau Indah masih jauh

menggamit secuil mimpi tak ingin pergi

hanya awan-awan santai yang masih

menghayun sendu langit saat kelam memeluk

gerimis pagi indah beralun.


"Namaku,Ombak"

"Dia,Kasih"



Tak ada penolakan dalam mesra itu,

remis da lala,penghuni

pasir putih merangkak manja di celahan jari2 kaki

"Syg,kita berdua masih bersempit di sini"

Belacak mengintai malu di celahan lumpur,

saat pagi hinggan senja yang jatuh

gugur di pelupuk mata embun.

Rindu,Kasih, masih beradab harap

di mata perempuan dulu,

yang membahaskan sejarah

apalah yang ada pada selembar kain kuning, bukan?

Darah yang tumpah, masih merah pada tanah baruh di jajahan semenanjung itu,

diikat dari simpulan dongengan cinta sepasang bunga nyiur biru.


"Namaku,Ombak"

di Pulau Indah...

"Dia,Kasih,Kekasihku"

dan seribu harapan masih tergantung jauh.








---------------------------------------------------------------------



***


Lelaki itu bukan raja

yatim dan piatu

meraut kasih saudara

tidak tahu menulis,membaca



Lelaki itu mulia

kerana amanahnya

kerana budi pekertinya

kerana tidak pernah berdusta.



Lelaki itu dipuja

kerana wahyunya

kerana kerasulannya

kerana kata-katanya



Hari ini 1 Muharam

bermulanya tahun baru bagi umat lelaki itu

lelaki itu diingat lagi

lelaki itu disebut lagi

wahyunya dibaca lagi

sunnahnya diamalkan lagi



Lelaki itu lebih hebat daripada raja

hidupnya mulia

matinya mulia



1431 tahun berlalu

makamnya terus dibanjiri manusia



Rawdhahnya menjadi rebutan

syafaatnya menjadi harapan



Lelaki itu terus dipuja

menitip rindu dari hati ke hati




Hingga kiamat...



---------------------------------------------------------------------



***


Aku hanyalah sebutir bintang kecil



Cahayaku malap...



Bagaimana mungkin

kau perasan kewujudanku

di tengah tebaran bintang-bintang

besar yang punya cahaya gemilang



Perasan pun tak peduli...


Peduli pun tak endah...



---------------------------------------------------

***


Khalil,saat itu...dan kini



"sesepi hati kita juga"

ujarmu



ombak yang bertandang

"aku hadiahkan buatmu"

ujarmu



"kerna ombak tidak akan mungkir padamu,

senantiasa menemani,

biar tidak aku..."



"kenapa?", tanyaku

kau balas dalam senyum



bayu lembut kini menyapa

"bisiknya halus,sesuci rahsia jiwa kita jua

biar x terucap...

bayu ini membawa salamku..kepadamu"



ahh...kicau camar riang

"ku harap kau sentiasa begitu menempuh hari2mu"



"biar ribut menduga

kau tetap begitu tawa...

bersama tulusmu senyum...

dalam pesonamu bebas...

diiring sopanmu kerna aku mahu kau begitu..."(dlm harap)



"kau tetap kau yang pernah ku kenali..."



lihat awan itu

"putih", kataku

"seputih hatimu",balasmu



hiba yang berziarah

tak siapa yang tahu

sesekali parah

masih tiada siapa

mengerti

namun

tika itu

ingatlah

aku sentiasa di sisi



"biar jauh di balik awan itu, ku kan tetap

mendengar keluhmu"

ujarmu



"bila kau merenung pagi

embun yang menitis

tanah yang basah

rancak semakin

berkembang

kau

kutip rasa keseorangan

saat itu, sedarlah...

aku juga merasakn serupa"



"jadi, apa indahnya?", tanyaku

keanakan lagaknya



kau tersenyum lagi

"ketahuilah bahawa

KAU ADA AKU

yang akan menemani setiap

langkahmu

menghapus setiap titis

embun matamu

berada di sampingmu

di sepanjang perjalanan"

"benar?", ku menduga

kau senyum lagi

senyum itu senyuman tulus

yang biase kau ukir

"kau tahu jawapannya"



"biar tak terungkap,

rasa ini tetap memenuhi

segenap sukmaku

kau tahu itu

bukan?",soalmu



"iya"

AKU ADA KAMU

sepanjang hayatku...



"moga kau bahagia...

kerna dengan itu,

aku juga sama..."



salam buatmu, khalil...

Asmaa'~



[KU TITIP DI ANGIN LALU]

Saturday, January 23, 2010

Ya Ikhwan!

ku titipkan lagu nie buat kalian!! enjoy! (:


Aizat - Sahabat

Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Chorus:
Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah